#Single

Tanda-tanda Anda Mungkin Kekurangan Vitamin D

There are 0 comments

No any comment found

Leave a Comment

Your Email address will not be published

Vitamin D adalah vitamin larut lemak. Ia digunakan dalam fungsi neuromuskular dan imun, mengurangkan keradangan dalam badan anda, menyerap kalsium, modulasi pertumbuhan sel dan membantu otot dan sistem saraf berfungsi dengan baik.

Vitamin D penting bagi mengatur kadar kalsium dan fosforus dalam darah kita. Kalsium dan fosforus merupakan dua faktor yang sangat penting di dalam penjagaan kesihatan tulang.

Tubuh memerlukan vitamin D untuk menyerap kalsium secara maksimum di usus serta membantu membina tulang dan gigi yang kuat.

Pendedahan matahari adalah cara terbaik untuk mengoptimumkan tahap vitamin D anda. Tetapi ianya tidak boleh berlebihan kerana akan mendatangkan risiko penyakit lain.

Kekurangan vitamin D akan menganggu fungsi tubuh anda. Satu-satunya cara untuk mengetahui secara pasti jika anda mengalami kekurangan vitamin D adalah dengan menjalani ujian darah. Jika ada tanda-tanda berikut berlaku kepada anda, anda perlu segera mendapatkan ujian tersebut.

Kulit yang lebih gelap

Orang Afrika terutamanya menghadapi risiko kekurangan vitamin D yang lebih besar kerana mereka yang berkulit gelap memerlukan sebanyak 10 kali ganda keperluan untuk terdedah kepada matahari berbanding dengan mereka yang berkulit cerah.

Perasaan suram

Serotonin, hormon otak yang dikaitkan dengan mood juga berhubungkait terhadap pendedahan matahari. Pada tahun 2006, para saintis telah menilai kesan vitamin D terhadap kesihatan mental 80 orang pesakit warga emas. Mereka mendapati pesakit warga emas yang mempunyai tahap dos vitamin D paling rendah adalah 11 kali lebih mudah tertekan berbanding mereka yang mempunyai dos vitamin D yang sihat.

Anda berusia 50 tahun atau lebih tua

Kulit golongan berumur seperti yang dinyatakan tidak lagi membuat banyak vitamin D dan buah pinggang menjadi kurang berkesan untuk mengubah vitamin D itu kepada ‘bentuk’ yang biasa digunakan tubuh.

Obes atau Mempunyai Jisim Otot Tinggi

Vitamin D adalah vitamin larut lemak, seperti hormon, yang bermaksud lemak badan bertindak sebagai “sinki” untuk mengumpulnya. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes, anda mungkin akan memerlukan lebih banyak vitamin D daripada orang yang lebih kurus. Perkara yang sama juga perlu untuk orang yang mempunyai berat badan yang tinggi disebabkan jisim ototnya.

Tulang anda sakit

Orang yang menderita rasa sakit terutamanya yang berhubungkait dengan keletihan sering mengalami diagnosis yang kurang tepat seperti menghidap fibromyalgia atau sindrom keletihan kronik. Mereka sebenarnya mungkin mengalami kesakitan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin D.

Kepala berpeluh

Salah satu daripada tanda-tanda kekurangan vitamin D adalah kepala berpeluh. Ia merupakan kaedah lama untuk menentukan keadaan pesakit yang mengalami kekurangan vitamin D. Malah, para doktor turut menggunakan kaedah ini untuk bertanya kepada ibu yang mempunyai bayi kecil. Jika bayi mereka yang baru lahir berpeluh berlebihan akibat kerengsaan neuromuskular ia akan dianggap sebagai gejala awal kekurangan vitamin D.

Masalah Gut dan Penyakit Usus

Jika anda mempunyai keadaan gastrointestinal yang mempengaruhi keupayaan anda untuk menyerap lemak, anda mungkin mempunyai penyerapan yang lebih rendah dari vitamin yang larut lemak seperti vitamin D juga. Ini termasuk keadaan usus seperti sensitiviti gluten Crohn, celiac dan non-celiac dan penyakit radang usus .

published by 

zonsihatceria.com/tanda-tanda-anda-mungkin-kekurangan-vitamin-d/
SHARE #EarnMoreCoins